Ahad, 30 Oktober 2011

cerpen baru akan datang!!!!!!!!!!!!!!!!!
selepas tamat debaran pada minggu ini.(peperiksaan)
* isnin: reading (MUET)
           pengajian perniagaan 2
* selasa: speaking (MUET)
*rabu : Sejarah 1 (Tamadun Dunia)

minggu depan
pengajian am 1

tamat peperiksaan.......................................

Khamis, 27 Oktober 2011

cerpen lama

Impian
               Apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, pastinya salah satu soalan wajib ditanya adalah apakah impian  kita? Malah lebih biasa kedengaran orang berkata , esok besar nak jadi apa. Impian itu juga acapkali  berubah mengikut peredaran masa, sejak di sekolah tadika hinggalah akhir hayat.
            Begitu juga aku. Sejak aku di darjah satu, aku dengan bangganya cakap impian aku hendak mempunyai banyak wang dan beri ramai orang pekerjaan. Apa jenis impiankan? Seringkali kita dengar daripada budak 7 tahun, impian mereka hendak jadi guru, pemain bola sepak yang hebat macam Christiano Ronaldo, model macam Barbie, doktor atau artis.
    “Kenapa awak pilih impian tersebut?” Cikgu Aminah pernah bertanya pada aku.
     “Banyak wang buat hati saya senang,cikgu.”  Aku menjawab selamba.Tergeleng-geleng muka Cikgu Aminah sambil tergelak-gelak kecil.
    Masih aku ingat ketika aku berumur 15 tahun aku menjual kerepek dan keropok yang aku letakkan di kedai Pak Akob, Pak Mail, warung Mak Nab dan berjual dengan kawan –kawanku.Idea ini tercetus kerana kerepek dan keropok adalah makanan kegemaranku. Setiap kali aku menikmatinya, pastinya kawan-kawanku akan makan bersama. Ini menunjukkan makanan tersebut  ada nilai komersil untuk dipasarkan.  Banyak pelanggan akan membelinya
  Mulai hari itu, aku sering berpesan kepada mak aku supaya membeli kerepek dan keropok dalam pek yang besar untuk dipek semula dalam bungkusan lebih kecil. Kerepek dan keropok itu aku jual dengan harga RM 0.50 sebungkus. Satu bungkus besar kerepek dan keropok yang dibeli secara borong di Parit Raja hanya berharga RM25.00. Satu bungkus besar dapat menghasilkan 100 bungkus kecil kerepek dan keropok.  Satu  hari hanya 100 bungkus aku hadkan untuk dijual buat masa itu. Penat hendak bungkus banyak-banyak. Untung menjual hanya RM25.00. Bolehlah tahan.

  Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah lebih kurang 5 bulan aku menjalankan perniagaan kecil-kecilan tersebut, cubaan mendatang tanpa dipinta. Cik Kiah, ‘internet bergerak ‘ kampungku turut serta menjual produk yang sama. Sambil bercerita, dia menjual barang niaganya.seluruh kampong dijelajahi untuk berniaga.Rajinkan. Pastinya wujudnya persaingan antara kami. Aku bagaikan baru tersedar daripada lena yang panjang apabila mendapat perkhabaran tersebut. Lantas, aku memikirkan cara yang lebih efisiyen dalam persaingan ini.
“ Hai Mak cik Kiah, dari mana, hendak ke mana.”tegur Wirda
“ Dari rumah, hendak berniaga. Ada masalah dekat kau ke?” jawab Cik Kiah.
“  Dalam banyak-banyak benda, keropok dan kerepek juga, mak cik hendak jual. Macamlah mak cik Kiah tidak mengetahui yang saya dah lama menjual kerepek dengan keropok. Itupun makcik hendak meniru, juallah jamu,minyak urut, asam jawa, kain batik, nasi lemak  takpun jual minyak wangi One Drop Perfume,” kata Wirda sambil menjeling Cik Kiah.
“ Hoi budak, suka hati akulah hendak jual apa kau sibuk apa pasal. Kau takutkan aku lebih berjaya daripada kau. Tidak lama lagi akulah peneraju menjual  kerepek dan keropok di kampong ini. Kau cemburukan, kau itu tidak pandai berniaga, belum habis belajar lagi sudah berlagak sombong.” Balas Cik Kiah dengan angkuhnya.
“ Amboi, berbisa betul bahasa makcik. Tidak mengapa. Ada ubi ada batas, lain tahun saya balas. Kita tengok siapa lebih maju, siapa yang meraung tidak berlagu,”jawab Wirda.
“ Aku lebih dulu makan garam daripada kau. Aku mesti menang punya,” balas Cik Kiah memperkecilkan kemampuanku.
“ Banyak makan garam, nanti dapat penyakit tiga serangkai, darah tinggi, diabetes dan sakit jantung, makcik. Nanti rumah ‘tiang dua’ menyeru,” senda Wirda.
“Kurang ajar betul, budak ini,” kata Cik Kiah kegeraman dan berlalu pergi meninggalkanku bersorak kemenangan.      
 Aku menyedari pelajar sekolah lebih banyak beli terus dengan aku kerana harganya lebih murah berbanding dengan yang dijual dekat warung dan kedai di kampungku. Oleh itu, aku menggandakan pengeluaran sebanyak 200 bungkus sehari. Ya Allah, penatnya tangan aku membungkus. Adikku, Iman telah aku minta untuk menjualkan 30 bungkus kerepek pelbagai jenis dengan upah RM 10. Bolehlah dia melaburkan wang tersebut untuk menambah nilai telefon bimbitnya. Bisnes tersebut berjalan seperti biasa hingga sekarang.
   Kemudian, selepas tamat tingkatan lima. Aku menjadi guru tuisyen di Pusat Tuisyen Bestari milik penuh Cikgu Fatimah. Aku mengajar untuk kelas UPSR untuk semua subjek dan mengajar subjek Sejarah dan Geografi untuk kelas PMR dan SPM. Akukan hebat dalam subjek pembelajaran tersebut. Tetapi, ada satu masalah utama aku. Masalahkah? Akukan comel badan kecil. Ala-ala budak baru masuk sekolah menengah . Setiapkali aku masuk ke kelas yang bermula pukul 3 petang hingga pukul 5 petang untuk satu subjek, seringkali ada suara nakal yang mengatakan aku salah memasuki kelas.   Kelas tersebut untuk pelajar yang mengambil PMR atau SPM. Kelas untuk pelajar UPSR diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Tidak kisahlah. Kami semuakan  hampir sebaya umurnya, mana boleh kecil hati atau berdendam.
   Sebenarnya, lepas tamat SPM, mak aku suruh aku berniaga jual nasi lemak. Tapi aku tolak kerana kerja tersebut begitu memenatkan dan kena bangun awal pagi untuk menyediakan nasi lemak, apatah lagi, tidak begitu menguntungkan berbanding penat lelah untuk menyediakannya. Seronok juga dapat jadi Cikgu Tuisyen tapi tidak mahulah jadikan profesion perguruan sebagai karier.Seluruh keturunan aku semuanya jadi guru. Jadi guru mana boleh menjana pendapatan hingga 5 atau 6 angka.Kerjaku sebagai  Cikgu Tuisyen memberikanku  gaji sebanyak RM 300 untuk sebulan. Baru aku rasa geramnya apabila tengah mengajar, yang tukang dengarnya sibuk bercakap juga. Minta maaflah guruku sekalian kalau ada terasa dengan aku dulu. Aku mengajar disini sampai aku dapat masuk universiti.
     Waktu dekat universiti, semangat hendak menjadi jutawan makin meluap-luap  dalam diri. Apatah lagi, ‘tsunami trend berfesyen’ sedang melanda para siswa siswi.  Aku memulakan perniaggan keduaku disini. Aku menjual pakaian muslimah, tudung pelbagai jenis seperti Syria, Hajara, tudung bawal, selendang dan Ariani melalui laman web. Modal dalam RM3000 dan dapat untung kira-kira RM 5000. Seronok aku. Sungguhpun aku ligat berniaga, pelajaran tetap aku utamakan. Aku tetap memastikan CGPA aku 3.8 dan ke atas.Cuma pernah sekali, aku terkandas mendapat CGPA  3.75. aku menangis seharian.  Sibuk dekat ekspo keusahawanan terus ranap keputusan peperiksaan aku. Kawan aku, Manisah terus beristigfar apabila dia melihat aku khusyuk meraung menangisi keputusan peperiksaanku.
  “Wi, kau memang hilang akalkan, ada dapat 3.75 pun menangis bukannya kau gagal  dalam peperiksaan,” peril Manisah.
“Sedih, mesti mak bapa aku marah nanti,”jawab Wirda.
“ Pergi telefon mak bapa kau, mereka marah ke tidak dengan keputusan kau,” usul Manisah.
Tanganku menjalar-jalar mencati telefon bimbitku. Tanpa berlengah nombor ibu aku dial sambil membaca selawat dan basmalah.
“Mak, keputusan Wi teruk daripada biasa. Maaf mak,” kata Wirda.
“Teruk. Berapa markah Wi,” tanya Puan Rahimah.
“3.75, mak,” jawab Wirda
“Wi, bersyukurlah.Alhamdulilah. Tidak teruk mana pun,” Puan Rahimah membalas.
Lega aku, mak aku tidak marah dengan keputusan peperiksaan aku. Mulai hari itu, aku cuba seimbangkan kedua-duanya.
    Selepas graduasi, aku mengendalikan kedua-dua bisnesku sambil menjaga kedua ibu bapaku dan Tok Wan,datukku. Inilah kebaikan orang ada perniagaan macam aku, tidak menjadi penganggur selepas mendapat ijazah dan berbakti kepada ahli keluarga sendiri. Di usiaku 25 tahun, aku sudah mempunyai kewangan yang stabil. Terima kasih kepada para pelangganku yang tidak pernah beralih arah daripada melakukan muamalat denganku. Aku hanya perlu mengkaji keinginan para pelanggan dari semasa ke semasa.Oh..lupa, selepas aku diterima menjadi mahasiswi dulu, aku telah memberikan bisnes kerepek dan keropok kepada adikku, Wina untuk sementara waktu. Sekarang aku ambil balik.
     Ketika aku bercuti di Pulau Sibu, aku merasakan membuka tempat penginapan di kawasan pelancongan memang menarik dan mencabar kemampuan kerana modal yang tinggi. Aku terfikir mengapa tidak aku menceburi bidang ini kerana   datukku pernah  memberikan ibu bapaku beberapa ekar tanah di Pulau Aman. Bukankah ini suatu peluang yang baik bagi diriku untuk menjana pendapatan yang lebih besar. Materialistik betul Wirda Anisa binti Tajul ini.
  Penat aku memujuk ahli keluargaku bersetuju dengan perancanganku membuka chalet di Pulau Aman.  Mereka sangat takut menghadapi sebarang risiko pembukaan chalet tersebut.
“ Wi tanggung semua risiko.Tolong percayakan Wi. Wi sudah mempunyai bisnes sendiri sejak umur 15 tahun lagi. Jangan takut, semua perkara ditanggung beres. Cuma hendak persetujuan semua untuk chalet untuk tanah itu. Wi, sudah minta tolong kawan Wi yang berpengalaman dalam bidang ini untuk bersama-sama dengan Wi membangunkan serta menguruskan chalet tersebut.   
                Setelah penat berbalah, bertikam lidah dan berjanji untuk memastikan segala perancangan pembinaan perlulah mereka dibawa berbincang dan diminta persetujuan. Barulah persetujuan bersama dapat diambil. Walaupun chalet itu nanti dipunyai secara ekslusif oleh Wirda dan kawanya Mail dan Radziah mempunyai saham dalam chalet itu kerana mereka yang akan banyak menguruskan hal ehwal chalet tersebut, aku tahu ahli keluarga berhak ke atas chalet tersebut tapi tidak boleh lebih-lebih.
     Pembinaan chalet dilakukan selepas permohonanku meminjam di Bank Islam diluluskan dengan kadar bunga yang rendah. Pihak koperasi juga turut menyediakan modal permulaan untuk aku membuka chalet ini dan aku mengeluarkan wang simpanan sebanyak 5 angka untuk memastikan impian aku menjadi kenyataan.

Melihat chalet-chalet milikku tersergam indah di Pulau Aman, aku merasakan suatu kepuasan tidak terhingga dalam jiwaku. Mataku bergerak ke kanan kiri melihat acara pembukaan chalet berlangsung dengan jayanya dirasmikan oleh tuan tanah tidak lain tidak bukan mak bapa aku sendiri. Gembira rasanya dapat melihat kegembiraan dihati setiap orang yang berada di hadapanku ini. Semoga chalet ini terus berkembang maju dan menjadi daya tarikan utama pelancong ke negara ini.
   Tiada benda yang mustahil dalam hidup ini. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Impian membentuk diri kita menjadi lebih kental dan berdaya saing. Kini impian hampir kesampaian untuk mempunyai banyak wang dan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain. Setidak- tidak membantu membasmi penduduk miskin di Malaysia.Impianku menjadi kenyataan.Alhamdulilahhh.
 “ Sudah-sudahlah berangan, Wi. Bila kamu hendak makan? Tengok orang makan mana bolek kenyang. Dah impian menjadi nyata pun masih tidak puas-puas mengaut keuntungan duniawi,” tegur mak aku melihat perangai kuat berangan yang tiada kesudahannya.     


     Siapa yang dah baca.. sila komen!!!!!!!! Aku rasa macam skema wakyu tulis cerita ini... cerita ini khas untuk hari guru tahun bila entah dah lupa?
  Ada 1 cerpen buat waktu tingkatan satu, tapi dapat hadiah waktu tingkatan 5.. takut nak siarkan sebab mungkin dah jadi hak DBP