Jumaat, 6 Januari 2012

pengetahuan


SEBELUM TAHUN BARU :

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru , keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh , kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpulan habuk disimpan  pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baiknasib baik tidak boleh disapu keluar . Ada orang yang mengecat yang ,pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalambahasa cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makanan untuk tujuan paparan sepena jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

HARI PERTAMA :
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.
Yang paling penting , hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka , biasanya ibubapa mereka ,datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

HARI KE-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari “membuka tahun menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.  

HARI KE-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut :
Hari ini dikenali sebagai “mulut merah” yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan , maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi , sebaliknya berdiam di rumah sahaja Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kapada si mati . Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.