Isnin, 25 April 2011

Panduan Bersama

aslamualaikum.

ini adalah catatan sulung untuk perkongsian bersama.
catatan ini merangkumi semua aspek kehidupan.

7 anggota tubuh badan yang perlu menyentuh tempat sujud ketika sujud:-
1) Dahi ( jangan pakai telekung menutupi dahi)
2) 2 tapak tangan (yg bertelekung jangan kain telekung berlapik dengan tapak tangan)
3) 2 lutut
4) 2 ibu jari kaki

Pesanan Nabi Musa dari Allah
-jangan beribadah kecuali pada Allah
-berbuat baik kepada ibu bapa
-berbaik dengan sanak saudara
-berlaku baik dengan anak yatim
-dermawan kepada kaum miskin
 - hormati sesama manusia
- dirikan solat
- keluarkan zakat
-jangan menumpahkan darah
-jangan saling mengusir sesama sandara

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

 1.      Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
 2.      Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
 3.      Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
 4.      Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
5.      Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
6.      Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-
soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-
olah “mencabar” kewibawaan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah:
 1.      Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
2.      Jawab dengan jelas dan lantang
3.      Kikiskan sifat ego anda
4.      Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
5.      Banyakkan senyuman
6.      Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
7.      Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap kerjaya yang ditawarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan