Isnin, 28 November 2011

Tips mengawal pemakanan ketika belajar”....


1.Gunakan peralatan bersaiz normal atau kecil ketika makan seperti
pinggan atau mangkuk yang kecil. Ini juga merupakan satu daya
psikologi kepada anda!
2.Elakkan makanan berbentuk bufet kerana keperlbagaian hidangan
akan menyebabkan kita rambang mata dan mengambil jumlah
makanan yang lebih.

3.Pilih makanan dari set-menu atau pilihlah hidangan bersaiz kecil.

4.Elakkan menambah makanan (second helpings) walaupun hidangan
itu lazat.

5.Ambil masa menikmati hidangan dengan memakannya secara
perlahan serta mengunyah dengan baik.

6.Elak memasak dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan. Jadi
buat pertimbangan berapa ramai orang yang ingin makan.

7.Cuba elakkan dari makan pada waktu lewat malam. Perut
memerlukan hampir 3 Jam untuk memproses makanan.
8.Sambil-sambil belajar digalakkan memakan buah-buahan seperti
kismis, buah tin, kurma dan madu.
9.Banyakkan pengambilan minum air masak berbanding air manis.
Otak lebih mudah menerima ilmu.
10.Makan mengikut waktu. Sebaiknya hanya makan nasi sekali
sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan